logam | metal | Unsur kimia yang bersifat keras, berkilat, padu, boleh ditempa dan merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik. | Menengah Rendah |
logam | metal | Unsur kimia seperti besi, emas, perak, dan tembaga yang dapat mengalirkan haba dengan baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
logam | metal | Unsur yang mudah membentuk ion positif, mengkonduksi haba dan elektrik, mempunyai permukaan yang berkilat, mulur, dan boleh ditempa. Contohnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium. | Menengah Atas |
penyesaran logam | metal displacement | Penggantian logam kurang elektropositif dalam satu sebatian larutan garam dengan logam yang lebih elektropositif dalam siri elektrokimia. Contohnya, zink yang lebih elektropositif berbanding kuprum akan menyesarkan kuprum dari larutan kuprum(II) sulfat. | Menengah Atas |
logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
kakisan logam | corrosion of metal | Pengoksidaan logam melalui tindakan udara dan air. | Menengah Atas |
logam alkali bumi | alkaline earth metal | Logam yang tergolong dalam kumpulan 2 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada kalsium, barium, strontium, dan radium. Logam ini berwarna putih, kurang reaktif berbanding dengan logam alkali. | Menengah Atas |