daya antara molekul | intermolecular force | Daya tarikan antara molekul-molekul. | Menengah Atas |
pemvulkanan | vulcanization | Proses pembentukan rangkai silang atom sulfur di antara molekul-molekul getah. | Menengah Atas |
makromolekul | macromolecule | Molekul yang mempunyai jisim molekul yang sangat besar. Makromolekul juga biasanya merujuk kepada polimer yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Contohnya, protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |
formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |
molekul kutub | polar molecule | Molekul yang mempunyai taburan cas yang sama, iaitu bahagian positif dan negatif. Molekul kutub menarik antara satu sama lain dan juga ion. | Menengah Atas |
daya lekitan | cohesion force | Daya tarikan antara molekul yang sama, seperti molekul air. | Menengah Atas |
protein pembawa | carrier protein | Protein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kesan rerambut | capillary effect | Pergerakan menaik cecair di dalam ruang kecil yang sempit disebabkan oleh daya tarikan antara molekul cecair dan molekul pepejal. Kesan rerambut penting untuk pengangkutan air dalam tumbuhan. | Menengah Rendah |
molekul | molecule | Suatu zarah neutral yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih atom yang berpadu secara kimia. | Menengah Atas |
molekul dwiatom | diatomic molecule | Molekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl). | Menengah Atas |