negatif | negative | Perihal bahan yang mempunyai cas negatif. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ion | ion | Atom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion. | Menengah Atas |
katod | cathode | Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Rendah |
katod | cathode | 1. Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal positif sel kimia. | Menengah Atas |
ion hidrida | hydride ion | Ion negatif hidrogen. Simbolnya, H-. | Menengah Atas |
anion | anion | Ion yang bercas negatif apabila satu atom menerima elektron. | Menengah Atas |
elektron | electron | Zarah subatom yang bercas negatif, terletak di luar nukleus. | Menengah Atas |
zwiterion | zwitterion | Ion yang mempunyai cas positif dan negatif pada atom kumpulan yang sama. | Menengah Atas |
cas elektrik | electric charge | Zarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain. | Menengah Atas |
anod | anode | 1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia. | Menengah Atas |