kalis air | non-absorbent | Sifat bahan yang tidak boleh menyerap cecair. Contohnya, kaca dan getah. | Sekolah Rendah |
tumbuhan tak berbunga | non-flowering plant | Tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tumbuhan tak berbunga | non-flowering plant | Tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga. Contohnya, pokok puding. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
benda bukan hidup | non-living thing | Benda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel. | Sekolah Rendah |
bahan bukan magnet | non-magnetic material | Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan bukan konduktor | non-conductor | Bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan haba. | Sekolah Rendah |
alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sumber tenaga tak boleh dibaharui | non-renewable energy sources | Sumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil. | Menengah Rendah |
sumber tenaga tidak boleh diperbaharui | non-renewable energy source | Sumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |