pemanasan global | global warming | Fenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan. | Menengah Rendah |
suhu bilik | room temperature | Suhu normal dalam sesebuah bilik, biasanya pada sekitar 28°C. | Sekolah Rendah |
tumor | tumor | Pertumbuhan sel yang tidak normal. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kekerdilan | dwarfism | Keadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon. | Menengah Atas |
wayar neutral | neutral wire | Wayar yang membawa arus elektrik dalam operasi normal. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru bagi peralatan elektrik, dan hitam bagi sistem pendawaian dan penghantaran elektrik. | Menengah Atas |
sudut tuju | angle of incidence | Sudut di antara sinar tuju dengan garis normal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sudut pembiasan | angle of refraction | Sudut di antara sinar biasan dengan garis normal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sudut pantulan | angle of reflection | Sudut di antara sinar pantulan dengan garis normal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |
sudut tuju | angle of incidence | Sudut di antara sinar atau gelombang tuju dari garis normal pada titik tuju. | Menengah Atas |