nutrien | nutrient | Lihat zat makanan. | Sekolah Rendah |
kekurangan nutrien | nutrient deficiency | Kuantiti nutrien yang diperlukan oleh organisma tidak mencukupi. | Menengah Atas |
nutrien | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan dan penting dalam metabolisme badan. Nutrien seperti protein, mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan dengan sempurna. | Menengah Rendah |
mikronutrien | micronutrient | Nutrien yang diperlukan dengan jumlah yang kecil bagi kesempurnaan hidup sesuatu organisma. Mikronutrien merangkumi unsur surih. | Menengah Atas |
makronutrien | macronutrient | Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Terdapat sembilan makronutrien, iaitu kalsium, magnesium, kalium, karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus. | Menengah Atas |
medium kultur | culture medium | Bahan nutrien, bahan organik atau bahan tak organik yang digunakan untuk pembiakan mikroorganisma, tisu tumbuhan atau haiwan di dalam kultur. | Menengah Rendah |
tisu vaskular | vascular tissue | Tisu ini mengangkut air dan nutrien dalam tumbuhan. Ia tisu yang terdiri daripada xilem dan floem. Lihat Rajah | Menengah Atas |
bahan buangan organik | organic waste | Bahan yang tidak diperlukan sebagai bekalan nutrien badan dan tumbuhan. Contohnya, najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan mati. | Sekolah Rendah |
sistem peredaran darah | blood circulatory system | Sistem rangkaian salur darah yang membawa darah, oksigen, nutrien, antibodi, hormon dan bahan kimia ke seluruh badan. | Menengah Rendah |
marasmus | marasmus | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan apabila tidak ada protein dan nutrien pembekal tenaga yang mencukupi dalam diet. | Menengah Atas |