Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~; menyatakan 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; penyataan perbuatan menyatakan (me­la­hirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat; penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
imej nyatareal imageImej yang boleh terbentuk di atas skrin.Menengah Atas
dalam ketaraapparent depthUkuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut.Menengah Atas

Kembali ke atas