Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penderma universaluniversal donorIndividu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut.Menengah Rendah
molekul dwiatomdiatomic moleculeMolekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl).Menengah Atas
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 .Menengah Atas
oksida berasidacidic oxideSebatian oksida bukan logam, seperti SO2 atau P2O5, yang menghasilkan larutan berasid apabila bertindak balas dengan air.Menengah Atas
hematithaematiteBijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3.Menengah Atas
ketakserasianincompatibilityKetidakupayaan sesuatu bahan seperti darah atau tisu badan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, darah daripada kumpulan B tidak boleh didermakan kepada individu daripada kumpulan O.Menengah Rendah
glukosaglucoseGula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 .Menengah Atas
kumpulan darahblood groupJenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O.Menengah Rendah
ion hidroksoniumhydroxonium ionIon hidrogen yang bergabung dengan satu molekul air. Ion ini terdapat dalam semua larutan akueus. Ia juga dikenali sebagai ion hidrogen atau ion oksonium. Formulanya, H3O+.Menengah Atas

Kembali ke atas