tercemar | contaminated | Keadaan bahan yang tidak selamat digunakan atau dimakan kerana dicemari oleh mikroorganisma atau bahan yang beracun. Contohnya, makanan yang telah rosak. | Sekolah Rendah |
gerhana matahari | eclipse of the sun | Kejadian apabila matahari terlindung oleh bulan kerana bulan berada di antara bumi dengan matahari dalam satu garis lurus. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tenaga keupayaan graviti | gravitational potential energy | Tenaga yang dimiliki oleh sesuatu objek kerana kedudukannya. | Menengah Atas |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg. | Menengah Rendah |
tompok matahari | sunspot | Bahagian atau kawasan gelap pada permukaan matahari kerana ia lebih sejuk. Tompok matahari disebabkan oleh gangguan magnetik pada permukaan matahari. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |