Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paip] | ڤاءيڤ

Definisi : 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2. = ~ air cerat pan­curan air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~ dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok, pipa; memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia ~ aising di keliling kek itu; perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paip] | ڤاءيڤ

Definisi : 1 saluran bulat drpd logam dll utk menyalurkan benda-benda cair atau gas: ~ minyak. 2 mulut tempat keluar sesuatu benda yg disalurkan; cerat pancuran air; pili. 3 alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paip


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
trakeatracheaSaluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk ‘C’. Trakea bercabang menjadi dua bronkus.Menengah Rendah
air lembutsoft waterAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum pada kepekatan yang rendah. Air ini mudah berbuih dengan sabun. Contohnya, air paip.Menengah Rendah
angkup verniervernier calliperRadas yang digunakan di dalam makmal dan industri bagi mengukur secara tepat panjang objek, diameter luar objek yang bulat atau silinder dan diameter dalam paip. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas