tanah | soil | Lapisan paling atas kerak bumi. | Menengah Rendah |
humus | humus | Bahagian organik di lapisan tanah paling atas yang terbentuk melalui hasil penguraian bahan tumbuhan atau haiwan yang telah mati. | Menengah Rendah |
siri kereaktifan | reactivity series | Susunan logam mengikut kereaktifan terhadap oksigen bermula dengan logam yang paling reaktif. | Menengah Atas |
epidermis | epidermis | Satu atau lebih lapisan sel yang membentuk bahagian paling luar kulit atau lapisan atas pada tumbuhan, haiwan dan manusia. | Menengah Atas |
retina | retina | Lapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya. Imej terbentuk di atas retina. | Menengah Rendah |
ektoderma | ectoderm | Lapisan paling luar pada germa embrio haiwan yang terdiri daripada tisu epidermis, seperti kuku, rambut dan kelenjar kulit. | Menengah Atas |
sistem integumen | integumentary system | Lapisan paling luar yang terdiri daripada kulit, kuku dan rambut yang melindungi tubuh daripada kecederaan. | Menengah Atas |
protozoa | protozoa | Organisma satu sel yang mempunyai satu nukleus yang merupakan organisma paling ringkas dalam alam haiwan. | Menengah Atas |
elektron valens | valence electron | Elektron yang terletak pada petala paling luar sesuatu atom, dan terlibat dalam pembentukan ikatan kimia apabila atom membentuk sebatian. | Menengah Atas |
struktur Lewis | Lewis structure | Rajah yang menunjukkan ikatan antara molekul atau sebatian yang melibatkan perkongsian elektron di petala paling luar. Lihat Rajah | Menengah Atas |