patogen | pathogen | Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit, terutamanya mikroorganisma hidup. Contohnya, bakteria atau kulat. | Menengah Atas |
penularan | transmission | Perpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. | Menengah Atas |
jangkitan | infection | Serangan patogen terhadap tisu badan organisma. | Menengah Atas |
vektor | vector | 1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud. | Menengah Atas |
antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
makrofaj | macrophage | Sel fagosit yang besar, berfungsi untuk memusnahkan patogen secara fagositosis. | Menengah Atas |
antibodi | antibody | Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan. | Menengah Atas |