Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak: keadaan ~. memegunkan menyebabkan pegun. terpegun tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pegunstationaryPerihal sesuatu yang tidak bergerak atau kaku.Sekolah Rendah
nodnodeTitik sesaran sifar gelombang pegun yang terbentuk oleh pertindihan dua gelombang koheren.Menengah Atas
elektrostatikelectrostaticBidang kajian cas elektrik yang pegun atau elektrik statik.Menengah Atas
dayaforceKeupayaan untuk mengubah keadaan jasad yang pegun atau yang sedang bergerak dalam garisan lurus. Daya dapat memulakan, menghentikan dan juga mengubah bentuk dan arah gerakan.Menengah Rendah
inersiainertiaSifat jasad yang cuba menentang perubahan keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak.Menengah Atas
antinodantinodeTitik sesaran maksimum pertindihan dua gelombang koheren yang membentuk gelombang pegun. Lihat RajahMenengah Atas
motor arus ulang-alik (motor a.u)alternating current motor (a.c. motor)Motor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik. Motor arus ulang-alik yang ringkas terdiri daripada gegelung pegun dawai, magnet dan sumber bekalan kuasa.Menengah Rendah

Kembali ke atas