Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.jal] | ڤجل

Definisi : keras dan padat, tidak berongga dalam­nya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadat­kan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.jal] | ڤجل

Definisi : tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pejal (adjektif)
Bersinonim dengan padu, mampat, padat, tumpat, tetal, kejal, rapat, kejat, kedap, penuh, sarat, sendat, kimpal, pisik, sintal, gemuk, gempal;,
Kata Terbitan : memejalkan, kepejalan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengingesaningestionPengambilan bahan pejal, seperti makanan, ke dalam tubuh.Menengah Atas
umbisicormDasar batang yang bersaiz besar, pejal, beruas pendek dan dikelilingi oleh lapisan sisik atau daun. Contohnya, bawang.Menengah Rendah
gemaechoKesan bunyi yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan daripada permukaan yang pejal seperti dinding batu.Menengah Atas

Kembali ke atas