pembahagian sel | cell division | Proses pembentukan dua atau lebih sel anak dan satu sel induk. | Menengah Rendah |
meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
imbang | balance | Pembahagian berat yang sama yang membolehkan seseorang atau sesuatu kekal tegak dan kukuh. | Sekolah Rendah |
sitokinesis | cytokinesis | Pembahagian sitoplasma di akhir peringkat telofasa. | Menengah Atas |
mitosis | mitosis | Pembahagian nukleus yang menghasilkan dua nukleus anak, mempunyai set kromosom yang sama dengan set kromosom induk. | Menengah Atas |
kanser | cancer | Penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal. Kanser mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain. | Menengah Rendah |
sitokinin | cytokinin | Hormon tumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan. | Menengah Atas |
simpang p-n | p-n junction | Pembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pertumbuhan sekunder | secondary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh. | Menengah Atas |
pertumbuhan primer | primary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada hujung batang atau akar, dan menghasilkan tisu primer. | Menengah Atas |