pembelahan nukleus | nuclear fission | Proses pemecahan satu nukleus yang berat kepada dua nukleus yang lebih ringan diikuti pembebasan tenaga. | Menengah Atas |
pembelahan dedua | binary fission | Pembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua. | Menengah Atas |
belahan dedua | binary fission | Sejenis pembiakan aseks, iaitu pembelahan sel induk yang matang untuk membentuk dua sel anak yang serupa. Contohnya, pembiakan ameba. | Menengah Rendah |
pembiakan aseks | asexual reproduction | Pembiakan yang tidak melibatkan penyatuan dua gamet, contohnya pembiakan melalui proses pembelahan, pembentukan spora, dan pertunasan. | Menengah Atas |
pembiakan aseks | asexual reproduction | Pembiakan yang tidak melibatkan penyatuan dua gamet. Pembiakan ini terjadi melalui proses pembelahan dedua, pembentukan spora dan pertunasan. | Menengah Rendah |