Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ca.han] | ڤمچهن

Definisi : perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ca.han] | ڤمچهن

Definisi : perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
biodegradasibiodegradationPemecahan bahan tak organik kepada bahan organik melalui proses biokimia, biasanya melibatkan bakteria dan kulat.Menengah Atas
reputdecayPerihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma.Menengah Rendah
pencernaandigestionProses pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap dan digunakan oleh sel badan.Menengah Rendah
peretakan termathermal crackingPemecahan sebatian yang mempunyai jisim molekul yang tinggi, menggunakan haba dan tekanan yang tinggi.Menengah Atas
penyerakan cahayalight scatteringPemecahan dan penyebaran cahaya oleh partikel udara atau gas.Menengah Atas
penyebaran cahayalight dispersionPemecahan cahaya putih kepada spektrum cahaya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu, menggunakan prisma kaca. Proses ini berlaku disebabkan setiap spektrum tersebut bergerak pada kelajuan yang berbeza apabila melalui kaca.Menengah Atas
hakisan tanahsoil erosionProses pemecahan ketulan-ketulan tanah pada permukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin. Lihat RajahSekolah Rendah
pembelahan nukleusnuclear fissionProses pemecahan satu nukleus yang berat kepada dua nukleus yang lebih ringan diikuti pembebasan tenaga.Menengah Atas
respirasirespirationProses penghasilan tenaga melalui pemecahan molekul makanan.Menengah Rendah
penguraiandecompositionProses perubahan kimia yang melibatkan pemecahan satu bahan yang kompleks menjadi bahan yang lebih ringkas. Contohnya, penguraian air menghasilkan oksigen dan hidrogen.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas