pencemaran udara | air pollution | Penyebaran kekotoran dalam udara oleh bahan buangan seperti asap. | Sekolah Rendah |
pencemaran | pollution | Perbuatan mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah atau bahan beracun secara yang tidak betul. | Sekolah Rendah |
pencemaran udara | air pollution | Pencemaran terhadap kualiti udara yang disebabkan oleh bahan api industri, domestik dan kenderaan bermotor. | Menengah Rendah |
pencemaran air | water pollution | Pencemaran terhadap kualiti air yang disebabkan oleh najis, bahan buangan atau toksin industri. | Menengah Rendah |
pencemaran air | water pollution | Pencemaran tempat takungan air semula jadi seperti sungai, kolam atau lautan oleh najis atau bahan buangan. | Sekolah Rendah |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |
bahan pencemar | pollutant | Bahan kimia yang menyebabkan pencemaran akibat aktiviti manusia, yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan dan persekitaran. Contohnya, logam berat dan racun perosak. | Menengah Rendah |
kepupusan | extinction | Kehilangan sesuatu spesies hidupan seperti haiwan dan tumbuhan daripada muka bumi. Kepupusan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemburuan haram, peningkatan suhu dunia, pembakaran hutan dan pencemaran. | Menengah Rendah |