kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cacar air | chickenpox | Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
vektor | vector | 1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud. | Menengah Atas |
riket | rickets | Penyakit kecacatan tulang pada manusia atau haiwan muda, akibat kekurangan vitamin D. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
beguk | mumps | Penyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
panau | tinea | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, mengakibatkan tompok putih pada kulit dan menimbulkan rasa gatal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
osteoporosis | osteoporosis | Penyakit yang berlaku apabila ketumpatan dan kualiti tulang berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam diet. Tulang menjadi lebih berliang dan rapuh. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
influenza | influenza | Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
dadah | drug | Bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan untuk menahan sakit, merawat dan menyembuhkan penyakit. Dadah akan mendatangkan bahaya jika diambil lebih daripada sukatan atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tapak pelupusan sampah | landfill | Kawasan pembuangan sampah sarap. Sampah sarap akan dimampatkan dan dikambus dengan tanah untuk mengurangkan bau, menghalang kebakaran dan wabak penyakit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |