pendehidratan | dehydration | Penyingkiran molekul air daripada sesuatu bahan untuk mengeringkannya. | Menengah Atas |
penyahgaraman | desalination | Proses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu. | Menengah Rendah |
pendehidratan | dehydration | Proses penyingkiran air daripada sesuatu bahan. | Menengah Rendah |
pendeaminan | deamination | Proses penyingkiran kumpulan amino daripada asid amino untuk menghasilkan ammonia, dan kemudiannya bertukar menjadi urea dan asid urik. | Menengah Atas |
pernafasan | breathing | Proses pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida melalui organ tertentu. Contohnya, paru-paru, kulit, trakea atau insang. | Menengah Rendah |
nyahcas | discharge | Peneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Atas |
alkil | alkyl | Kumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1. | Menengah Atas |
agen kontang | anhydrous agent | Bahan yang diperlukan untuk proses penyingkiran air. Contohnya, kalsium klorida kontang. | Menengah Atas |
ginjal | kidney | Sepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing. | Menengah Rendah |