peparu | lung | Organ pernafasan dalam badan manusia dan sesetengah haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
peparu besi | iron lung | Peranti mekanikal yang membolehkan pesakit bernafas apabila otot kawalan yang normal menjadi lumpuh atau sistem pernafasan pesakit terjejas. | Menengah Atas |
bernafas | breathe | Menyedut dan menghembus udara melalui organ pernafasan seperti peparu, insang, kulit lembap dan liang pernafasan. | Sekolah Rendah |
organ perkumuhan | excretory organ | Organ yang terdiri daripada sepasang buah pinggang, peparu dan kulit yang berfungsi untuk menyingkirkan bahan perkumuhan seperti air kencing, karbon dioksida dan peluh daripada badan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kesan | effect | Akibat atau hasil sesuatu kejadian atau tindakan. Contohnya, penyakit kanser peparu merupakan kesan daripada perbuatan merokok. | Sekolah Rendah |
organ pernafasan | breathing organ | Organ yang terdiri daripada rongga mulut atau hidung, trakea dan peparu, yang berfungsi untuk pertukaran gas semasa pernafasan. | Sekolah Rendah |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu benda hidup untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, ginjal dan peparu. | Sekolah Rendah |
fibrosis sista | cystic fibrosis | Penyakit yang jarang-jarang berlaku pada manusia, melibatkan pelbagai kelenjar perembes mukus, terutamanya dalam pankreas dan peparu, bergentian, menghasilkan mukus tebal yang abnormal, menyebabkan penyekatan usus dan pneumonia yang boleh membawa maut. | Menengah Atas |
paru-paru | lungs | Organ pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu. | Menengah Rendah |