Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per] | ڤر

Definisi : (pér) IB spring, pegas; berper memakai per (spring). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per] | ڤر

Definisi : dibahagi dgn (dlm kata majmuk yg me­nunjukkan angka pecahan); satu ~ tiga satu dibahagi tiga (1/3 ); tiga ~ empat tiga dibahagi empat (3/4); seperdua satu dibahagi dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per] | ڤر

Definisi : (pér) IB mentol lampu elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per] | ڤر

Definisi : tiap-tiap: satu ~ satu; lima batu ~ minit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per] | ڤر

Definisi : /pér/ nama sj pokok atau buahnya (buahnya bulat di sebelah bawah dan lancip ke arah tangkainya dan rasanya manis), Pyrus communis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per] | ڤر

Definisi : tiap-tiap: lima batu ~ minit lima batu tiap-tiap minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per] | ڤر

Definisi : demi: satu ~ satu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata per


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
putaran per minitrotation per minuteUkuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal.Menengah Atas
nilai kaloricalorific valueJumlah haba yang dibebaskan semasa pembakaran sejumlah bahan api atau makanan tertentu. Nilai ini diukur dengan menggunakan kalorimeter bom, dan dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram.Menengah Rendah
tekananpressureDaya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa.Menengah Rendah
ketumpatandensityJisim per unit isi padu sesuatu bahan yang dinyatakan dalam unit S.I., kilogram per meter padu.Menengah Rendah
tekananpressureDaya per unit luas yang bertindak secara serenjang dengan permukaan.Menengah Atas
pecutanaccelerationPerubahan halaju per unit masa.Menengah Atas
ketumpatandensity1. Jisim per unit isi padu sesuatu bahan. 2. Keamatan penggunaan tanah yang dikira berdasarkan bilangan orang bagi setiap unit keluasan.Menengah Atas
kepadatandensityBilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan.Menengah Atas
jisim molarmolar massJisim satu mol bahan dalam unit gram per mol.Menengah Atas
asid monobesmonobasic acidAsid yang mempunyai satu atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid hidroklorik (HCI) dan asid nitrik (HNO3).Menengah Atas
12

Kembali ke atas