penukargantian | substitution | Proses tindak balas yang melibatkan atom hidrogen bertukar ganti satu per satu dengan atom halogen. | Menengah Atas |
putaran per minit | rotation per minute | Ukuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal. | Menengah Atas |
asid monobes | monobasic acid | Asid yang mempunyai satu atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid hidroklorik (HCI) dan asid nitrik (HNO3). | Menengah Atas |
jisim molar | molar mass | Jisim satu mol bahan dalam unit gram per mol. | Menengah Atas |