peredaran | revolution | Proses pergerakan sesuatu objek secara mengelilingi sesuatu. Contohnya, peredaran bumi mengelilingi matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sistem peredaran | circulatory system | Sistem yang mengandungi siri salur yang mengalirkan cecair. Contohnya, sistem peredaran darah dan sistem limfa. | Menengah Rendah |
sistem peredaran darah | blood circulatory system | Sistem rangkaian salur darah yang membawa darah, oksigen, nutrien, antibodi, hormon dan bahan kimia ke seluruh badan. | Menengah Rendah |
kapilari | capillary | Salur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan. | Menengah Rendah |
aliran darah | bloodstream | Pergerakan darah yang mengalir melalui sistem peredaran darah suatu organisma. | Menengah Rendah |
aorta | aorta | Salur darah utama dari ventrikel kiri jantung dalam sistem peredaran darah mamalia. Aorta bercabang membentuk arteri-arteri yang mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kolesterol | cholesterol | Sejenis lipid yang terdapat dalam tisu haiwan dan pelbagai makanan, yang dikatakan mempunyai kesan buruk pada sistem peredaran darah. Tahap kolesterol yang tinggi dalam aliran darah boleh menyebabkan penyakit arteri koronari. | Menengah Atas |
monosit | monocytes | Sel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah. | Menengah Atas |