Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kem.ba.ngan] | ڤرکمبڠن

Definisi : perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kem.ba.ngan] | ڤرکمبڠن

Definisi : keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
percambahangerminationPerkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat RajahMenengah Atas
percambahangerminationProses perkembangan awal embrio biji benih menjadi tumbuhan dengan adanya air, oksigen dan suhu yang sesuai.Menengah Rendah
kehamilanpregnancyPerihal perkembangan fetus (janin) dalam rahim wanita. Kehamilan biasanya berlaku kira-kira 38 minggu.Menengah Rendah
peringkatstageTahap perkembangan yang dicapai dalam sesuatu proses.Sekolah Rendah
tempoh kehamilangestation periodJangka masa perkembangan embrio yang bermula dari persenyawaan hingga waktu kelahiran.Menengah Rendah
peringkat kanak-kanakchildhoodTempoh masa perkembangan kanak-kanak antara umur tiga tahun hingga 13 belas tahun.Menengah Rendah
kitar hiduplife cyclePerubahan dan perkembangan yang berlaku dari lahirnya sesuatu haiwan atau tumbuhan sehingga mati. Lihat RajahSekolah Rendah
estrogenestrogenSekumpulan hormon yang mengawal perkembangan seksual wanita.Menengah Atas
pertunasanbuddingProses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk.Menengah Rendah
peringkat remajaadolescenceTempoh masa bagi peringkat perkembangan manusia antara 13 tahun hingga 20 tahun.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas