Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; sepincang Jk satu sen setengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; incut; tempang: berjalan ~. 2 ada kekurangannya atau ada cacatnya; tidak spt yg sepatutnya: Mereka terpaksa mengharung hidup dlm suasana ~. 3 tidak betul perjalanannya (bkn enjin dll). kepincangan keadaan atau hal pincang; kecacatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pincang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tempang: incut, capik, kecok, teweng, rengkat, kipa, pecok, pengkar,

2. Bersinonim dengan cacat: cacat cela, cela,

Kata Terbitan : kepincangan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pincang songsangreverse biasProses yang berlaku apabila terminal positif diod disambungkan ke terminal negatif sel yang menyebabkan rintangan diod menjadi tinggi dan arus tidak dapat mengalir.Menengah Atas

Kembali ke atas