Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri, pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan plumbumnya dikurang­kan utk mengurangkan pencemaran alam sekitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : logam berwarna kelabu kebiru-biruan yg digunakan utk membuat paip, pancalogam dsb; timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plumbum


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
plumbumleadUnsur logam berwarna kelabu, mulur, lembut, tahan kakis, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal, penyalut kabel dan sebagainya. Unsur ini berada dalam kumpulan 14 jadual berkala.Menengah Rendah
plumbumleadUnsur logam dalam kumpulan 14 dalam jadual berkala. Simbolnya, Pb.Menengah Atas
petrol tanpa plumbumunleaded petrolMinyak yang tidak mengandungi unsur plumbum.Menengah Rendah
akumulatoraccumulatorSejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat RajahSekolah Rendah
logammetalUnsur yang mudah membentuk ion positif, mengkonduksi haba dan elektrik, mempunyai permukaan yang berkilat, mulur, dan boleh ditempa. Contohnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium.Menengah Atas
akumulatoraccumulatorAlat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Akumulator dapat dicaskan semula. Contohnya, akumulator asid plumbum yang digunakan sebagai bateri kereta.Menengah Atas

Kembali ke atas