prinsip Archimedes | Archimedes’ principle | Prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu jasad yang ditenggelamkan sebahagian atau sepenuhnya dalam bendalir, akan mengalami kehilangan berat yang bersamaan dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut. | Menengah Atas |
prinsip superposisi | principle of superposition | Prinsip yang berlaku apabila dua gelombang merambat melalui suatu titik tertentu pada ketika yang sama. Sesaran paduan pada titik itu adalah sama dengan jumlah sesaran vektor bagi sesaran setiap gelombang individu. | Menengah Atas |
prinsip Bernoulli | Bernoulli’s principle | Prinsip yang menyatakan bahawa tekanan bendalir yang bergerak akan berkurang apabila kelajuan bendalir bertambah. | Menengah Atas |
prinsip keabadian momentum | principle of conservation of momentum | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran dengan andaian tiada daya luar dikenakan seperti daya geseran. | Menengah Atas |
prinsip keabadian jisim | law of conservation of mass | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim bahan sebelum berlakunya perubahan kimia, iaitu bahan tindak balas, adalah sama dengan jumlah jisim bahan sesudah berlakunya perubahan kimia, iaitu hasil tindak balas. | Menengah Atas |
teori | theory | Kumpulan konsep dan prinsip yang diterima umum untuk dijadikan panduan dan asas dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. | Menengah Rendah |
hukum Mendel | Mendel law | Hukum berkenaan prinsip genetik mengenai ciri-ciri pewarisan. | Menengah Atas |
periskop | periscope | Sejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya, penggunaan periskop dalam kapal selam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tiub venturi | venturi tube | Tiub yang mengandungi cecair yang boleh berubah arasnya dan mempunyai bahagian sempit yang berfungsi untuk mengukur kadar aliran cecair bersesuaian dengan prinsip Bernoulli. Lihat Rajah | Menengah Atas |