progesteron | progesterone | Hormon steroid yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari, plasenta, dan juga oleh korteks adrenal dan testis. | Menengah Atas |
steroid | steroid | Sebatian organik yang kompleks termasuk kolesterol serta hormon seperti estrogen dan progesteron. | Menengah Atas |
plasenta | placenta | Organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin, dan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta berfungsi untuk memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. | Menengah Atas |
prolaktin | prolactin | Hormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari. | Menengah Atas |
fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |