nombor proton | proton number | Bilangan proton dalam nukleus satu atom. | Menengah Atas |
proton | proton | Zarah subatom bercas positif yang membentuk nukleus atom. | Menengah Rendah |
nombor nukleon | nucleon number | Jumlah bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus atom. | Menengah Atas |
natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |
lantanida | lanthanide | Unsur-unsur nadir bumi yang bernombor proton antara 58 hingga 71. | Menengah Atas |
isotop | isotope | Atom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. | Menengah Atas |
bintang neutron | neutron star | Bintang yang mempunyai tarikan graviti yang kuat dan tenaga proton yang tinggi, menyebabkan bintang tersebut tidak kelihatan. | Menengah Rendah |
atom | atom | Zarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
atom | atom | Zarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
nukleus | nucleus | 1. Struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan.2. Bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron. | Menengah Rendah |