Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
atomatomZarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat RajahMenengah Rendah
biojisimbiomassJumlah jisim semua hidupan atau organisma di sesuatu kawasan. Semakin besar sesuatu organisma itu, semakin tinggi pula nilai biojisimnya. Biojisim biasanya ditentukan oleh jisim kering organisma.Menengah Rendah
siratan makananfood webGabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat RajahSekolah Rendah
sistolesystoleFasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan.Menengah Atas
rantai makananfood chainHubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat RajahSekolah Rendah
atomatomZarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat RajahMenengah Atas
migrasimigrationPerpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya.Menengah Atas

Kembali ke atas