[pun.ca/] | ڤونچق
Definisi : 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~ Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar, titik tempat pertemuan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya; ~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg tertinggi; ~ paru Id hujung paru-paru; memuncak 1. menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; pemuncakan proses (perbuatan) yg menyebabkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg tertinggi pangkatnya; 3. johan, juara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pun.ca/] | ڤونچق
Definisi : 1 bahagian yg tertinggi pd sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yg tertinggi (harga, jawatan dll): Dlm masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)