Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |
bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
komponen | component | 1. Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan sesuatu. Contohnya, komponen komputer terdiri daripada papan kekunci, skrin dan unit pemprosesan pusat. 2. Bahan atau zat yang membentuk sesuatu. Contohnya, nitrogen ialah komponen penting bagi protein | Sekolah Rendah |
diameter | diameter | Garis lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sistem suria | solar system | Satu sistem yang terdiri daripada matahari sebagai pusat sistem dan unsur-unsur lain seperti planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteor. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |