[ra.hang] | راهڠ
Definisi : bahagian kepala di sebelah depan yg terdiri drpd dua tulang (tulang rahang) yg membolehkan mulut dibuka dan ditutup; ~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah bawah; keras ~ tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut, ke-tegar); tali ~ tali kekang (yg diikat pd rahang kuda dll); tulang ~ tulang pd rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.hang] | راهڠ
Definisi : Ph rasa spt rasa jering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.hang] | راهڠ
Definisi : 1 bahagian mulut yg terdiri drpd dua tulang (tulang rahang) yg memungkinkan mulut dibuka dan ditutup: ~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah bawah. 2 benda (pd alat dll) yg gunanya spt rahang 1. Guna ~ pd bindu itu adalah utk mencengkam sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)