Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.gi] | رڠ-ݢي

Definisi : 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh memi­nang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (som­bong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyom­bongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, ber­megah), kesombongan, kemegahan: ber­pindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan ber­bagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.gi] | رڠ-ݢي

Definisi : kelopak bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.gi] | رڠ-ݢي

Definisi : 1 bp sombong; angkuh: Jangan hendak tunjuk ~ di sini. 2 elok; gagah; tampan: orang muda yg ~ dan sopan. meranggikan memperlihatkan sesuatu dgn sombong; melagakkan: Dia tidak disukai kerana selalu ~ harta ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rang.gi] | رڠ-ݢي

Definisi : kelopak bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranggi (adjektif)
1. Bersinonim dengan tampan: gagah, bergaya, anggun, kacak, lawa, segak, elok, molek, menarik,
Berantonim dengan hodoh

2. Bersinonim dengan angkuh: lagak, sombong,

Kata Terbitan : meranggikan, keranggian,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ranggipetalBahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga.Menengah Rendah

Kembali ke atas