Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : apa-apa yg telah meresap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
resapan ringkassimple diffusionPergerakan molekul atau ion dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, sehingga mencapai tahap keseimbangan.Menengah Atas
resapan berbantufacilitated diffusionPergerakan bahan melalui membran plasma dengan bantuan protein pembawa atau protein liang dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan yang rendah dan tidak memerlukan tenaga.Menengah Atas
resapandiffusionPergerakan sesuatu bahan dengan bahan lain melalui pergerakan molekul dari bahagian yang berkepekatan tinggi ke bahagian yang berkepekatan rendah.Menengah Atas
protein pembawacarrier proteinProtein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas