respirasi sel | cell respiration | Proses tindak balas kimia antara glukosa dan oksigen yang berlaku dalam sel hidup, menghasilkan tenaga dan karbon dioksida. | Menengah Rendah |
respirasi | respiration | Proses penghasilan tenaga melalui pemecahan molekul makanan. | Menengah Rendah |
respirasi aerob | aerobic respiration | Respirasi yang berlaku dengan kehadiran oksigen, untuk mengoksidakan sebatian organik, terutama glukosa, bagi menghasilkan karbon dioksida, air, dan tenaga. | Menengah Atas |
titik pampasan | compensation point | Takat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis. | Menengah Atas |
struktur respirasi | respiratory structure | Struktur yang disesuaikan berdasarkan keperluan organisma terhadap oksigen. Hidupan seni seperti protozoa menukar oksigen dan karbon dioksida merentasi keseluruhan permukaan badan. | Menengah Atas |
permukaan respirasi | respiratory surface | Permukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku. | Menengah Atas |
biogas | biogas | Gas mudah terbakar yang terhasil daripada penapaian najis haiwan melalui respirasi anaerob bakteria. Biogas digunakan sebagai sumber tenaga. Contohnya, metana. | Menengah Rendah |
karbon dioksida | carbon dioxide | Gas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan. | Menengah Rendah |
oksigen | oxygen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas dalam atmosfera kira-kira 21%, yang membantu pembakaran dan diperlukan dalam respirasi sel. | Menengah Rendah |