retina | retina | Lapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya. Imej terbentuk di atas retina. | Menengah Rendah |
bintik kuning | yellow spot | Titik pada retina mata yang berada setentang dengan anak mata dan mempunyai paling banyak sel rod dan sel kon. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bintik buta | blind spot | Titik pada retina mata yang tidak peka terhadap cahaya kerana tidak mengandungi sel rod dan sel kon. | Menengah Rendah |
sel kon | cone cell | Sel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang. | Menengah Atas |
melanin | melanin | Pigmen berwarna perang gelap yang biasanya terdapat dalam retina, kulit, dan rambut haiwan albino. | Menengah Atas |
saraf optik | optic nerve | Saraf dalam mata yang berfungsi untuk menghantar maklumat dari reseptor yang berada di retina ke otak. | Menengah Rendah |
gelemaca | vitreous humour | Gel jernih yang terdapat dalam biji mata. Cecair ini memenuhi ruang di antara kanta dengan retina. Gelemaca menetapkan bentuk biji mata dan membantu pembiasan cahaya supaya tertumpu pada titik peka. | Menengah Rendah |
anak mata | pupil | Bahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kornea | cornea | Lapisan lut sinar yang meliputi bahagian hadapan mata dan tidak mempunyai kapilari darah. Kornea membiaskan cahaya yang melaluinya untuk membantu pemfokusan imej pada retina. | Menengah Rendah |
astigmatisme | astigmatism | Keadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |