Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruas] | رواس

Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal se­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruas] | رواس

Definisi : ; se~ semalam sj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruas] | رواس

Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (spt yg terdapat pd tebu, buluh): ~ jari; ~ tebu. beruas ada ruasnya; mempunyai ruas: Batang buluh ~. beruas-ruas mempunyai beberapa banyak ruas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruas (kata nama)
Bersinonim dengan sendi, buku.,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terentak ruas ke buku.

Bermaksud :

Hilang akal, tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ruasinternodeBahagian yang terletak di antara dua nod atau sendi.Menengah Atas
segmensegmentBahagian pada badan haiwan yang beruas-ruas. Contohnya, serangga dan cacing.Menengah Rendah
tebusugar caneTumbuhan yang mempunyai batang yang beruas-ruas dan airnya digunakan untuk menghasilkan gula. Lihat RajahSekolah Rendah
rizomrhizomeBatang yang tumbuh mendatar di bawah permukaan tanah, mempunyai ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh pokok dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru, dan sebagai bahan pembiakan pokok. Contohnya, kunyit, halia dan lengkuas.Menengah Atas

Kembali ke atas