Glosari Sains Untuk Sekolah
duktus ejakulasi | ejaculatory duct | Saluran yang menyambungkan saluran sperma dari testis ke uretra. | Menengah Atas |
sel goblet | goblet cell | Sel epitelium yang mensintesis dan merembeskan mukus. Sel ini terdapat dengan banyak pada vertebrata, terutamanya pada saluran usus dan saluran pernafasan mamalia, dan pada epidermis ikan. | Menengah Atas |
faraj | vagina | Saluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita. | Menengah Rendah |
trakea | trachea | Saluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk ‘C’. Trakea bercabang menjadi dua bronkus. | Menengah Rendah |
vena | veins | Saluran yang membawa darah ke jantung. | Menengah Atas |
lubang hidung | nostril | Struktur saluran hidung yang mempunyai dua cabang pada pembukaan luar untuk menghidu dan bernafas. | Menengah Rendah |
duktus sperma | sperm duct | Saluran yang membawa sperma dari testis ke uretra dalam sistem pembiakan lelaki. | Menengah Rendah |
kadar denyutan nadi | pulse rate | Kadar pengembangan dan pengecutan saluran darah (arteri) per minit. | Sekolah Rendah |
udara sedutan | inhaled air | Udara yang masuk ke dalam paru-paru melalui saluran pernafasan. | Menengah Atas |
kapilari | capillary | Salur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan. | Menengah Rendah |
Kembali ke atas