saling bersandaran | interdependence | Hubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang. | Menengah Rendah |
baka | breed | Kumpulan haiwan atau tumbuhan yang dianggap bertalian keturunan yang sama dan mempunyai kebanyakan ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
pendebungaan sendiri | self-pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama atau bunga lain dalam tumbuhan yang sama. | Menengah Rendah |
komuniti | community | Kumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain. | Menengah Rendah |
kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
segi empat sama | square | Bentuk segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya ialah sudut tepat.Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kumpulan | group | Kelompok benda, orang dan haiwan yang mempunyai ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
spesies | species | Golongan haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
keserasian | compatibility | Keupayaan dua jenis bahan seperti darah atau tisu badan untuk bersatu dan menjalankan fungsi bersama-sama. | Menengah Rendah |
pendebungaan kacuk | cross-pollination | Proses pemindahan debunga dari anter satu tumbuhan ke stigma tumbuhan yang lain yang sama spesiesnya. | Menengah Rendah |