kadar tindak balas seketika | momentary reaction rate | Kadar tindak balas pada satu-satu masa atau ketika tertentu. | Menengah Atas |
protozoa | protozoa | Organisma satu sel yang mempunyai satu nukleus atau lebih dan merupakan salah satu organisma yang paling ringkas. Organisma ini membiak secara belahan dedua. Contohnya, ameba dan paramesium. | Menengah Rendah |
penukargantian | substitution | Proses tindak balas yang melibatkan atom hidrogen bertukar ganti satu per satu dengan atom halogen. | Menengah Atas |
protozoa | protozoa | Organisma satu sel yang mempunyai satu nukleus yang merupakan organisma paling ringkas dalam alam haiwan. | Menengah Atas |
pergerakan | movement | Proses peralihan objek dari satu tempat ke satu tempat. | Sekolah Rendah |
kembar seiras | identical twins | Kembar yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum oleh satu sperma untuk membentuk zigot yang seterusnya menjalani proses mitosis yang lengkap. | Menengah Atas |
otot antagonistik | antagonistic muscle | Pasangan otot yang bertindak berlawanan, iaitu satu otot mengecut dan satu lagi otot mengendur. Contohnya, biseps dan triseps di lengan. | Menengah Atas |
pembiasan | refraction | Proses serakan sinaran atau gelombang radio sewaktu bergerak daripada satu permukaan ke satu permukaan yang lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
gerak alih | locomotion | Pergerakan keseluruhan organisma, biasanya terhad pada haiwan, dari satu tempat ke satu tempat yang lain. | Menengah Atas |