[sa.yap] | سايڤ
Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keboleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.yap] | سايڤ
Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)