fototropisme | phototropism | Gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap rangsangan cahaya. Contohnya, pucuk pokok tumbuh membengkok ke arah cahaya. | Menengah Atas |
pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |
hidrotropisme | hydrotropism | Pergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air. | Menengah Atas |
geotropisme | geotropism | Pergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap daya tarikan graviti. Akar utama tumbuh mengikut tarikan graviti (geotropisme positif), manakala pucuk utama tumbuh menjauhi tarikan graviti (geotropisme negatif). | Menengah Atas |
autolisis | autolysis | Pecahnya sesuatu sel atau sebahagian daripada komponennya melalui tindakan enzim hidrolisis sel itu sendiri. | Menengah Atas |
plasma | plasma | Cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%). | Menengah Rendah |
lut cahaya | translucent | Sifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gerhana separa | partial eclipse | Gerhana yang berlaku apabila hanya sebahagian daripada permukaan bulan atau matahari terlindung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pneumonia | pneumonia | Radang paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada paru-paru berisi cecair. | Menengah Atas |
mutasi kromosom | chromosome mutation | Perubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi. | Menengah Atas |