planet | planet | Sebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang. | Menengah Rendah |
injap | valve | Sebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan. | Menengah Rendah |
pigmen | pigment | 1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya. | Menengah Atas |
mata kasar | naked eye | Pandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan. | Sekolah Rendah |
kidal | left-handed | Manusia yang biasanya lebih selesa menggunakan tangan kirinya untuk melakukan sebarang aktiviti. | Menengah Atas |
penyejatan | evaporation | Perubahan keadaan bahan daripada cecair kepada wap air yang berlaku pada permukaan air pada sebarang suhu. | Sekolah Rendah |
hukum pengaturan bebas | law of independent assortment | Hukum yang menyatakan bahawa semasa pembentukan gamet, setiap kromosom pasangan alel boleh berkombinasi dengan sebarang ahli daripada pasangan alel yang lain. | Menengah Atas |
penerima universal | universal recipient | Individu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya. | Menengah Rendah |
penderma universal | universal donor | Individu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut. | Menengah Rendah |