tatanama IUPAC | IUPAC nomenclature | Tatanama sebatian kimia, sama ada sebatian organik atau sebatian tak organik, mengikut kaedah yang dipersetujui oleh International Union of Pure and Applied Chemistry. | Menengah Atas |
metabolisme | metabolism | Proses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. | Menengah Atas |
rajah titik silang | dot and cross diagram | Rajah yang menggunakan tanda titik atau silang untuk mempamerkan elektron-elektron dalam sebatian ionik atau sebatian kovalen. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sebatian | compound | Jirim yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabungkan dengan ikatan kimia. | Menengah Atas |
sebatian organik | organic compound | Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, iaitu unsur bukan logam yang terhasil daripada sumber tumbuhan atau haiwan. | Menengah Rendah |
sebatian tepu | saturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6. | Menengah Atas |
sebatian kovalen | covalent compound | Sebatian yang terdiri daripada atom-atom yang berkongsi elektron valens untuk membentuk ikatan kovalen. | Menengah Atas |
sebatian ion | ionic compound | Sebatian yang dihasilkan daripada kation dan anion yang berbeza, diikat bersama-sama oleh daya elektrostatik. | Menengah Atas |
sebatian tak tepu | unsaturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4. | Menengah Atas |
sebatian tak organik | inorganic compound | Sebatian yang berasal dari bahan bukan hidup. | Menengah Atas |