dalam sebenar | real depth | Ukuran kedalaman sebenar cecair. | Menengah Atas |
imej | image | Gambar objek yang sebenar dan dapat dilihat oleh mata melalui cermin atau kanta. | Sekolah Rendah |
kejituan | accuracy | Perihal nilai yang menghampiri nilai sebenar. | Sekolah Rendah |
formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |
kejituan | accuracy | Darjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai yang sebenar. | Menengah Atas |
ralat | error | Nilai kiraan, catatan dan ukuran yang tersisih daripada nilai sebenar. | Menengah Rendah |
dalam ketara | apparent depth | Ukuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut. | Menengah Atas |
kanta pembesar | magnifying glass | Kanta yang digunakan untuk menghasilkan imej yang lebih besar daripada objek sebenar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kanta pembesar | magnifying glass | Kanta yang digunakan untuk menghasilkan imej maya yang kelihatan lebih besar daripada objek yang sebenar. | Menengah Rendah |
kanta pembesar | magnifying glass | Kanta cembung yang digunakan untuk menghasilkan imej maya yang lebih besar daripada objek yang sebenar. Lihat Rajah | Menengah Atas |