Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : akronim bagi Setia Bersama Rakyat (suatu kempen yg bertujuan meng­eratkan lagi jalinan hubungan antara pemim-pin dgn rakyat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masy­hur; c) sedang cantik (gadis dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : 1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan berse­marak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : ; ~ api sj tumbuhan (pokok), Delonix regia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : cahaya yg menambah ke­elokan sesuatu; seri: Dgn kehadiran tu­an, moga-moga bertambahlah ~ maj­lis kami ini. bersemarak 1 berseri; gi­lang-gemilang: Bandar Kuala Lum­pur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). menyemarakkan 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: Kemenangan ini merupakan ~ semangat supaya aku terus berkarya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : ; ~ api nama sj pohon yg mempunyai lenggai yg panjang dan bunga berwarna merah, Delonix regia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semarak (kata nama)
1. Bersinonim dengan seri: cahaya, sinar, sorot kilauan, nur, kejernihan, kurrat, pendar, kilat, gemerlap, kilap,
Berantonim dengan kemalapan

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan keelokan, kebanggaan, kemegahan, kemuliaan, ketinggian, kebesaran, jah, seri, keindahan, kemasyhuran, kehormatan, keluhuran,
Berantonim dengan kehinaan

Kata Terbitan : bersemarak, menyemarakkan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pokok semarak apiflame of the forestSejenis tumbuhan berbatang licin, mempunyai bunga berwarna merah jingga dan buah berbentuk seperti kacang. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas