alam semula jadi | nature | Keadaan alam secara semula jadi termasuk tumbuhan, haiwan, muka bumi, ciri dan hasil bumi. | Sekolah Rendah |
bahan semula jadi | natural material | Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum. | Sekolah Rendah |
bahan termaju | advanced material | Bahan yang terhasil daripada campuran dua atau lebih bahan semula jadi atau bukan semula jadi yang mempunyai ciri yang lebih unggul seperti keliatan, kekerasan, ketahanan dan kelenturan. Contohnya, bahan binaan roket dan pakaian angkasawan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sumber semula jadi | natural resources | Sumber yang dibekalkan oleh bumi termasuk udara, air, tanah, semua organisma hidup, nutrien, batu dan galian. | Menengah Rendah |
hematit | haematite | Sebatian semula jadi yang terdiri daripada besi yang berpadu dengan oksigen. Hematit berwarna merah kehitam-hitaman. | Menengah Rendah |
pertumbuhan | growth | Proses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulan | moon | Satelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
emas | gold | Sejenis mineral semula jadi yang berwarna kuning terang dan tidak teroksida dalam udara atau air. Emas ialah unsur kimia yang kurang reaktif. Nama saintifiknya aurum. | Menengah Rendah |
bijih | ore | Bahan mineral semula jadi yang mengandungi beberapa unsur, satu daripadanya terdiri daripada logam. Contohnya, ferum oksida (bijih besi). | Menengah Rendah |
bauksit | bauxite | Sebatian kimia semula jadi yang merupakan sumber utama untuk membuat aluminium. | Menengah Rendah |