Glosari Sains Untuk Sekolah
bersendirian | solitary | Keadaan haiwan yang hidup sendiri sepanjang masa kecuali ketika musim mengawan. Haiwan hidup bersendirian untuk mengelakkan persaingan mendapatkan makanan, pasangan atau kawasan. | Sekolah Rendah |
penyejatan | evaporation | Proses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa. | Menengah Rendah |
impuls | impulse | 1. Hasil darab daya dan masa atau perubahan momentum. 2. Isyarat yang mengalir di sepanjang neuron dalam bentuk gelombang elektrik. | Menengah Atas |
Kembali ke atas